|
|
|
LARIAN MERENTAS DESA (LARIAN SMKAS 2012) |
|
20 Januari 2012 - Larian Merentas Desa atau lebih dikenali dengan nama Larian SMKAS 2012 telah diadakan di sekolah ini. Seramai 350 orang pelajar telah menyertai larian ini. Peningkatan bilangan peserta berbanding dengan tahun tahun lepas, adalah sejajar dengan program 1murid 1sukan yang di jalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Larian ini telah dilepaskan seawal jam 8.00pagi oleh En. Jamil Bin Hussin (GPK1) dan telah berakhir pada jam 11.00 pagi.
Secara keseluruhan nya, larian ini telah dimenangi oleh Pasukan Khalid Al Walid( Hijau ).
Tahniah buat semua peserta dan juga semua pegawai yang bertugas.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA



|
|
22/11/2011 - Satu Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2011 telah diadakan di Dewan SMKAS.
Seramai 27 orang calon PMR 2011 telah mendapat keputusan cemrlang 9A. Secara keseluruhan nya, GPS bagi sekolah ini telah meningkat sebanyak 0.31.Beberapa matapelajaran juga turut menunjukkan peningkatan dalam peratusan dan juga GPMP.
Tahniah buat semua calon dan juga warga pendidik SMKAS
  |
|
|
PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 |
|
Dimaklumkan bahawa pendaftaran sesi persekolahan tahun 2012 adalah seperti butiran berikut;
2.1 TARIKH : 3 Januari 2012
2.2 HARI : Selasa
2.3 MASA : 10.00 pagi – 1.30 petang
(Pendaftaran sekolah di Dewan Sekolah)
(Pendaftaran asrama di Kantin Sekolah)
3. Bersama-sama surat ini dilampirkan senarai bayaran dan keperluan bagi tahun 2012 untuk persiapan dan rujukan tuan/puan.
4. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, tuan/puan dinasihatkan supaya mematuhi masa yang ditetapkan. Untuk makluman tuan/puan, pihak asrama tidak menyediakan makan tengahari.
Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
Klik disini untuk surat jemputan |
|
|
MAKLUMAN BAYARAN KHAS RM 100.00 SEKOLAH-SEKOLAH KPM. |
|
Kepada,
Ibu-bapa/Penjaga,
pelajar-pelajar Ting. 1, 2, 3,dan 4,
SMKA Segamat
Tuan
MAKLUMAN BAYARAN KHAS RM 100.00 SEKOLAH-SEKOLAH KPM.
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sehubungan itu pihak sekolah mempersilakan tuan/puan/anak jagaan tuan/puan
hadir untuk menerima bayaran berkenaan yang akan diagihkan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 18 November 2011 (Jumaat)
Masa : 11.00 pagi – 12.00 tgh.
Tempat : Mengikut Kelas yang berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Klik disini untuk surat jemputan |
|
|
KEM GABUNGAN BADAN BERUNIFOM SMKAS 2011 |
|
8 - 10 Julai 2011, satu perkhemahan gabungan semua badan berunifom SMKAS telah di adakan di Teluk Gorek, Mersing. Perkhemahan ini telah disertai oleh 72 pelajar dan 12 orang guru.
Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah, Kursus ikatan, Team Building, Ekspedisi menjelajah Gunung Arong, Pertandingan gajet dan masakan dan juga pertandingan Bole Sepak Pantai dan Bola Jaring.
Tahniah buat semua warga SMKAS dalam menjayakan perkhemahan ini.
 
Lagi Foto Majlis
|
|
|
SUKAN SMKAS KALI KE-21 2011 |
|
18/6/2011 - Kejohanan Olahraga SMKAS Kali Ke-21 telah diadakan pada 16 dan 18 Jun 2011. Kejohanan ini telah berlangsung denga penuh semangat kesukanan.
Pasukan rumah Kuning telah dinobatkan johan keseluruhan sepanjang kejohanan ini. Manakala takhta Olahragawan SMKAS kali ke-21, telah diberikan kepada Muhd. Dinie Syahiran.
Tahniah dan jutaan terima kasih ditujukan kepada semua warga SMKAS.
 
Lagi Foto Majlis
|
|
16/5/2011 - Satu Majlis Sambutan Hari Guru SMKAS 2011 telah diadakan di Dewan SMKAS. Majlis bermula seawal jam 8.00 pagi dengan pembacaan perutusan daripada Menteri Pelajaran dan juga Perdana Menteri Malaysia.
Majlis diteruskan dengan perasmian majlis oleh Pn. Hjh. Siti Esah, Pengetua SMKAS dengan melepaskan beberapa ekor burung, beberapa persembahan oleh wakil pelajar, persembahan multimedia, sukan indoors dan penyampaian hadiah dan cenderamata.
Turut telah diadakan pada 11/5/2011, pertandingan sukaneka guru dan perlawanan bolesepak.
Semua perancangan dan perlaksanaan telah dilakukan oleh pelajar SMKAS sendiri dan dibantu oleh staff SMKAS.
Tahniah buat semua warga SMKAS diatas kejayaan menjalankan majlis yang penuh berprestij ini.
 
Lagi Foto Majlis
|
|
Halaman 1 dari 5: 1234... 5
|
|
Anda perlu Log Masuk untuk hantar mesej ringkas.
|
· Tetamu Online: 4
· Ahli Online: 0
· Jumlah Ahli: 42
· Ahli Terbaru: Ahmad Mahyuddin
|
|